Thursday, November 14, 2019

Jenis - Jenis Wau





Wau Kapal (Selangor)

Wau kapal merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Selangor. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia.Wau kapal tradisional menerapkan hiasan menggunakan teknik telepuk, tebuk dan tampal manakala wau kapal moden lebih mudah untuk dihasilkan kerana tiada motif hiasan seni tradisional.

Meskipun penghasilan wau kapal tradisional agak rumit, ia mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri berbanding wau kapal moden.  Teknik telepuk, tebuk dan tampal adalah warisan berzaman dari negeri Selangor dan dipercayai wujud lebih 300 tahun dahulu.   Teknik telepuk ini menggunakan pelbagai kertas warna yang diukir dengan bunga kecil kemudian ditebuk dan diulang beberapa lapis untuk dijadikan corak.



Wau Bulan (Kelantan)

Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur diSemenanjung Malaysia.  Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.  Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.   Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan.




Wau Jala Budi (Kedah)

Wau Jala Budi (Kedah) merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di negeri Kedah. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia.  Wau Jala Budi dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai daun budi manakala perkataan jala pula wujud dari kerangka ekor Wau Jala Budi.



Wau Merak (Indonesia)

Wau Merak merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular dikalangan keturunan Bugis di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Layang-Layang Kipasdan dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia. Ia memiliki rekabentuk bercirikan burung Merak dan tidak terikat kepada saiz yang tertentu. Wau merak biasanya mempunyai ekor yang panjang yang membezakannya dengan wau helang.




Wau Dodo (Terengganu)

Wau Dodo Helang merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Terengganu, Ia tergolong dalam kategori wau burung. Wau dodo helang ini mempunyai rupa yang sama dengan wau helang kecuali hiasan pada dada layang-layangnya yang berbeza.


Wau Seri Bulan (Perak)

Wau seri bulan merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Perak, Malaysia. Ia mempunyai sedikit persamaan dengan Wau bulan yang dimainkan di Kelantan.




Wau Helang (Perlis)

Wau Helang merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Perlis, Malaysia. Ia mempunyai rupa yang sama dengan wau merak, kecuali tidak berekor panjang. Ia tergolong dalam kategori wau burung. Way Helang merupakan merupakan wau rasmi bagi negeri Perlis.   Pada kebiasaannya, wau helang akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada Wau helang adalah burung helang atau burung pemangsa yang lain



Wau Seri Negeri (Negeri Sembilan)

Wau Seri Negeri merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Negeri Sembilan, Malaysia.
Pada kebiasaannya, wau seri negeri akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bunyi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang.
Ketika diterbangkan ke udara, busur wau seri negeri dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada wau seri negeri pula adalah motif tumbuhan menjalar iaitu lada hitam dan gambir.

No comments:

Post a Comment

Pesta Wau Di Tonggak 10 Sungai Besar